Skip to main content

SURIRUMAH DAN DROPSHIP

Apa maksud dropship? Dropship ini adalah perniagaan runcit di mana peniaga menerima tempahan dan menjual produk tanpa menyimpan stok. DROPSHIPPER ialah ORANG TENGAH di antara pelanggan dan pusat jualan.

Kerja seorang dropshipper adalah mencari pelanggan dan mengunci jualan (close sale). Selepas menerima pesanan dan bayaran, dropshipper akan menghantar pesanan tersebut kepada pembekal (atau ibu pejabat produk) untuk urusan penghantaran.

Kenapa surirumah boleh memilih untuk menjadi dropship?


Antara sebabnya adalah untuk mencari pendapatan sampingan, dan mampu menjadi sumber bantuan kepada suami sekiranya berlaku hal-hal di luar jangka . Tetapi jangan terkejut, ramai surirumah yang mampu buat duit yang banyak hanya dengan dropship.


Apa yang perlu dilakukan oleh seorang dropshipper? 1. LETAK MATLAMAT.

Sebagai contoh, kita mahu menyediakan satu akaun kecemasan sekiranya berlaku perkara tidak diingini. Kenapa seorang dropship juga perlu letak matlamat? Sesuatu kerja yang tidak ada visi dan misi ini ibarat memandu kenderaan tanpa arah. Kebarangkalian untuk kita tersesat jalan sangat tinggi di samping akan banyak membuang masa.


Masa itu ibarat nyawa, jika kita membazir masa bererti kita membazir nyawa yang kita ada.

.

2. BELAJAR ILMU BERBISNES.

Perkara paling penting untuk menjadi dropshipper adalah belajar ilmu menjual supaya kita dapat menjual dengan cara dan betul bukan membuta tuli sahaja. Kebanyakan penjual yang tidak ada ilmu menjual ini seringkali bersikap pentingkan diri ketika mempromosikan produk mereka. Mereka tidak pentingkan manfaat yang pelanggan akan terima, mereka fikirkan akaun bank mereka sahaja.


3. PILIH PRODUK STABIL.

Buat kajian sedikit tentang syarikat yang bakal kita sertai sebagai dropshipper itu.


i) Produknya stabil dari segi stok dan kualiti juga baik.

- Saya selalu mengalami masalah dengan pembekal yang stok produk tidak stabil. Masa banyak dilabur untuk mencari pelanggan. Tetapi apabila sudah ada, pesanannya tidak dapat diteruskan kerana item sudah out of stock. Jika perkara sebegini kerap terjadi, kita akan mula hilang kepercayaan dari pelanggan.


ii) Syarikat bertanggungjawab terhadap masalah yang dihadapi pelanggan, contohnya barang hilang/rosak ketika dalam proses penghantaran.

- Lebih baik sekiranya syarikat tersebut mementingkan after sales service. Sekurang-kurangnya bertanggungjawab sehingga produk yang dipesan sampai ke tangan pelanggan dengan selamat.

- Jangan menjadi dropshipper kepada syarikat yang hanya mementingkan jualan semata-mata tanpa memikirkan masalah yang dihadapi dropshipper.


4. BERI MANFAAT.

Seorang dropshipper mungkin sukar untuk membuat iklan berbayar disebabkan margin untung yang kecil. Jadi kebanyakannya akan menggunakan akaun media sosial peribadi sebagai platform menjual.


TETAPI AWAS! Jangan jadikan timeline (garis masa) kita umpama katalog; setiap kali membuat hantaran kita akan suruh audien untuk membeli. Status tidak lain tidak bukan hanya menjual sahaja.


Belajar untuk memberi NILAI kepada masyarakat, berkongsi ilmu yang bermanfaat kepada kawan atau pengikut media sosial kita. Contohnya jika kita menjual baju wanita, kongsikan tentang adab berpakaian, syariah menutup aurat dan sebagainya.




Untuk surirumah yang baru memulakan kerjaya dropship ini, saya cadangkan untuk membaca buku The Psychology Of Selling yang ditulis oleh Brian Tracy dan diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh PTS Publications. Buku ini menerangkan secara jelas tentang ASAS menjual yang kita perlu faham dan hadam. Menurut Brian Tracy, antara perkara utama yang seorang jurujual perlu lakukan adalah jangan memandang rendah terhadap kebolehan diri sendiri. Pasti ayat "Aku tak pandai menjual." akan keluar dari mulut. Setiap orang yang berjaya itu bermula dari bawah dan kosong pengalamannya. Apa yang penting adalah sikap sentiasa menambahbaik kualiti diri dan tidak berputus asa.


(Sila komen apakah input yang anda dapat dari penulisan ini)




Comments

Popular posts from this blog

DIDIK ANAK - TIADA SATU CARA PUN TERPALING BETUL

Dalam zaman media sosial ini, skil untuk tidak mudah terpengaruh dengan hantaran orang lain merupakan satu skil yang sangat mahal. Acapkali, kita sukar menahan diri dari memberikan fokus yang berlebihan terhadap apa yang dimuatnaik atau ditulis oleh sahabat alam maya. Apabila terpengaruh, situasi seterusnya yang akan berlaku adalah membandingkan kehidupan mereka dengan apa yang dilalui sendiri. Salah satu contoh, dalam konteks mendidik dan membesarkan anak, ramai ibu bapa menjadikan media sosial sebagai platform untuk berkongsi bagaimana cara mereka mendidik anak-anak sehingga menjadi perdebatan melampau di kalangan pembaca. Ini disebabkan masing-masing secara tidak langsung mahu memberitahu bahawa cara mereka itu terpaling betul dan baik untuk diikuti. Ada satu hantaran oleh seorang ayah yang menulis cara beliau mengelakkan anaknya bermain gajet adalah dengan membawa anak itu bersukan aktiviti lasak seperti rock climbing, water rafting dan sebagainya. Salahkah perkongsian si ayah ini?

BENCI BETUL LIPAT KAIN

Saya direzekikan tidak pernah duduk sendiri jauh dari ibu ayah, sejak kecil sehinggalah berkahwin. Antara kekurangan apabila tinggal dengan orang tua ini, kita mengambil mudah dalam banyak perkara. Bangun pagi sebelum pergi kerja, ibu sudah sediakan sarapan. Pulang dari kerja, makan malam sudah siap tersedia di atas meja makan. Baju sudah dibasuh, hanya tinggal untuk disimpan dengan kemas sahaja. Setelah berkahwin, suami terus bawa saya duduk di rumah kami sendiri. Dari situlah saya baru mula belajar menguruskan rumahtangga sepenuhnya. Pada waktu itu baru saya sedar rupanya alam rumahtangga ini penuh dengan tanggungjawab dan amanah, bukan keseronokan semata-mata. Jujurnya, antara perkara yang seringkali gagal untuk saya uruskan adalah hal melipat dan mengemas pakaian. Saya membiarkan pakaian bersih yang diangkat dari ampaian berhari-hari lamanya sehingga membentuk gunung Kinabalu (tidak pernah jadi gunung Everest lagi kerana waktu itu anak baru seorang). Saya fikir mungkin ramai juga s