Skip to main content

DIDIK ANAK - TIADA SATU CARA PUN TERPALING BETUL

Dalam zaman media sosial ini, skil untuk tidak mudah terpengaruh dengan hantaran orang lain merupakan satu skil yang sangat mahal.


Acapkali, kita sukar menahan diri dari memberikan fokus yang berlebihan terhadap apa yang dimuatnaik atau ditulis oleh sahabat alam maya. Apabila terpengaruh, situasi seterusnya yang akan berlaku adalah membandingkan kehidupan mereka dengan apa yang dilalui sendiri.


Salah satu contoh, dalam konteks mendidik dan membesarkan anak, ramai ibu bapa menjadikan media sosial sebagai platform untuk berkongsi bagaimana cara mereka mendidik anak-anak sehingga menjadi perdebatan melampau di kalangan pembaca.


Ini disebabkan masing-masing secara tidak langsung mahu memberitahu bahawa cara mereka itu terpaling betul dan baik untuk diikuti. Ada satu hantaran oleh seorang ayah yang menulis cara beliau mengelakkan anaknya bermain gajet adalah dengan membawa anak itu bersukan aktiviti lasak seperti rock climbing, water rafting dan sebagainya.


Salahkah perkongsian si ayah ini? Sudah tentu tidak. Apa yang menjadi salah adalah apabila kita sebagai pembaca mahu meniru bulat-bulat cara tersebut, tanpa memikirkan tentang situasi diri sendiri. Apabila sedar diri tidak mampu, lantas membandingkan kehidupan kita dengan si ayah tadi.

Ada pembaca yang memberi komentar, “Ayah yang ada masa bolehlah bawa anak untuk aktiviti macam itu. Tapi kalau ayah yang selalu sibuk macam mana?”

“Dia banyak duit bolehlah bawa anak ke tempat macam itu. Orang yang tak ada duit ni mana mampu.”


Persoalannya sekarang, mengapakah akal fikiran kita terlalu singkat sehingga boleh memberi komentar sedemikian? Tidak ada sesiapa pun yang memaksa kita untuk mengikut apa yang si ayah itu buat.


Inilah masalah masyarakat kita yang makin serius, seringkali lari dari konteks asal. Cuba fahamkan mesej sebenar yang penulis mahu sampaikan, sebelum menyerang dan mengecam.

Tidak semestinya kita hanya boleh bawa anak ke tempat seperti yang dikongsi, banyak lagi tempat awam yang ada contohnya ke taman-taman permainan terdekat di kawasan perumahan. Ataupun berjinak-jinak dengan hiking ataupun jungle trekking yang tidak memerlukan kos yang tinggi, masuk percuma sahaja.


Objektif yang penting adalah untuk membiasakan anak dengan aktiviti lasak di luar rumah supaya mereka lebih sihat dan tidak terlalu leka dengan gajet dan permainan video. Mereka yang aktif akan dapat menguatkan otot dan membina kekuatan fizikal.


Aktiviti lasak juga mampu membina keyakinan diri si anak. Contohnya pada permulaan mendaki bukit, anak pasti ada perasaan takut jatuh dan tidak yakin mampu sampai ke puncak. Tetapi dengan dorongan dan semangat yang ibu ayah berikan, lama kelamaan si anak akan gigih berusaha untuk pastikan dirinya berjaya.






Di dalam buku Tarbiyatul Aulad Fil Islam karya Dr. Abdullah Nasih Ulwan, antara faktor utama yang mendorong keruntuhan akhlak anak-anak adalah tidak menggunakan masa lapang yang sering menguasai zaman kanak-kanak dan remaja dengan baik.

Maka, ibu dan ayah punya satu tanggungjawab yang besar untuk memastikan masa lapang anak-anak diisi dengan aktiviti berfaedah dan ilmu yang bermanfaat. Zaman kecil adalah zaman untuk meneroka perkara baru dan akan sentiasa bergerak aktif ke sana dan ke mari.

Sediakan mereka aktiviti dan tempat yang sesuai supaya anak-anak ini dapat mengoptimumkan kecenderungan yang ada.

(Jemput komen aktiviti anak-anak anda di rumah dan di luar)

Comments

  1. Sesibuk mana sekalipun kita bekerja, luangkan masa untuk berikan perhatian dan bermain dengan anak-anak. Wujudkan aktiviti homescholing dirumah jika isteri tidak bekerja.
    Jemput ke blog saya juga, saya tak berapa aktif dah di FB. Banyak menyendiri di blog.
    abambuku.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasihebbanyak Cikgu sudi tinggalkan komen. Nanti saya 'ziarah' blog cikgu pula. Nak belajar aktiviti homeschooling.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BENCI BETUL LIPAT KAIN

Saya direzekikan tidak pernah duduk sendiri jauh dari ibu ayah, sejak kecil sehinggalah berkahwin. Antara kekurangan apabila tinggal dengan orang tua ini, kita mengambil mudah dalam banyak perkara. Bangun pagi sebelum pergi kerja, ibu sudah sediakan sarapan. Pulang dari kerja, makan malam sudah siap tersedia di atas meja makan. Baju sudah dibasuh, hanya tinggal untuk disimpan dengan kemas sahaja. Setelah berkahwin, suami terus bawa saya duduk di rumah kami sendiri. Dari situlah saya baru mula belajar menguruskan rumahtangga sepenuhnya. Pada waktu itu baru saya sedar rupanya alam rumahtangga ini penuh dengan tanggungjawab dan amanah, bukan keseronokan semata-mata. Jujurnya, antara perkara yang seringkali gagal untuk saya uruskan adalah hal melipat dan mengemas pakaian. Saya membiarkan pakaian bersih yang diangkat dari ampaian berhari-hari lamanya sehingga membentuk gunung Kinabalu (tidak pernah jadi gunung Everest lagi kerana waktu itu anak baru seorang). Saya fikir mungkin ramai juga s

SURIRUMAH DAN DROPSHIP

Apa maksud dropship? Dropship ini adalah perniagaan runcit di mana peniaga menerima tempahan dan menjual produk tanpa menyimpan stok. DROPSHIPPER ialah ORANG TENGAH di antara pelanggan dan pusat jualan. Kerja seorang dropshipper adalah mencari pelanggan dan mengunci jualan ( close sale ). Selepas menerima pesanan dan bayaran, dropshipper akan menghantar pesanan tersebut kepada pembekal (atau ibu pejabat produk) untuk urusan penghantaran. Kenapa surirumah boleh memilih untuk menjadi dropship? Antara sebabnya adalah untuk mencari pendapatan sampingan, dan mampu menjadi sumber bantuan kepada suami sekiranya berlaku hal-hal di luar jangka . Tetapi jangan terkejut, ramai surirumah yang mampu buat duit yang banyak hanya dengan dropship. Apa yang perlu dilakukan oleh seorang dropshipper? 1. LETAK MATLAMAT. Sebagai contoh, kita mahu menyediakan satu akaun kecemasan sekiranya berlaku perkara tidak diingini. Kenapa seorang dropship juga perlu letak matlamat? Sesuatu kerja yang tidak ada visi da