Dalam zaman media sosial ini, skil untuk tidak mudah terpengaruh dengan hantaran orang lain merupakan satu skil yang sangat mahal. Acapkali, kita sukar menahan diri dari memberikan fokus yang berlebihan terhadap apa yang dimuatnaik atau ditulis oleh sahabat alam maya. Apabila terpengaruh, situasi seterusnya yang akan berlaku adalah membandingkan kehidupan mereka dengan apa yang dilalui sendiri. Salah satu contoh, dalam konteks mendidik dan membesarkan anak, ramai ibu bapa menjadikan media sosial sebagai platform untuk berkongsi bagaimana cara mereka mendidik anak-anak sehingga menjadi perdebatan melampau di kalangan pembaca. Ini disebabkan masing-masing secara tidak langsung mahu memberitahu bahawa cara mereka itu terpaling betul dan baik untuk diikuti. Ada satu hantaran oleh seorang ayah yang menulis cara beliau mengelakkan anaknya bermain gajet adalah dengan membawa anak itu bersukan aktiviti lasak seperti rock climbing, water rafting dan sebagainya. Salahkah perkongsian si ayah ini?
Blog ini mengumpulkan penulisan saya tentang dunia seorang surirumah yang cintakan buku dan cuba mencari pendapatan sampingan. Saya berniat untuk memberi inspirasi dan semangat kepada semua surirumah di Malaysia. Semoga surirumah yang membaca mendapat manfaat dari blog ini.