Oyen adalah gelaran kepada seekor kucing yang berwarna oren atau jingga. Oyen ini seringkali dijadikan konten kerana aksinya yang agak terlampau berbanding kucing berwarna lain. Nakal 48 jam! Namun tulisan Kakchik di sini bukanlah mahu menceritakan tentang Oyen, tetapi untuk berkongsi REFLEKSI bacaan buku ANDAI KUCING HILANG DARI DUNIA, yang diterjemahkan daripada novel karya penulis Jepun iaitu Genki Kawamura. Versi Bahasa Inggerisnya berjudul If Cats Disappeared From The World dan karya ini telah terjual berjuta naskhah di seluruh dunia. Kucing dalam novel ini bukanlah berwarna oren atau jingga seperti yang ada pada kulit buku versi Bahasa Melayu. Cabbage adalah seekor kucing yang keempat-empat kakinya berwarna putih bersih. Badannya pula kelihatan anggun dengan campuran hitam, putih dan kelabu. Membayangkan pun sudah tergambar kecomelannya. Cabbage milik seorang bernama 'Aku', lelaki muda berusia 30 tahun yang telah didiagnos dengan penyakit kanser otak. Tahap 4! "Seben
Dalam zaman media sosial ini, skil untuk tidak mudah terpengaruh dengan hantaran orang lain merupakan satu skil yang sangat mahal. Acapkali, kita sukar menahan diri dari memberikan fokus yang berlebihan terhadap apa yang dimuatnaik atau ditulis oleh sahabat alam maya. Apabila terpengaruh, situasi seterusnya yang akan berlaku adalah membandingkan kehidupan mereka dengan apa yang dilalui sendiri. Salah satu contoh, dalam konteks mendidik dan membesarkan anak, ramai ibu bapa menjadikan media sosial sebagai platform untuk berkongsi bagaimana cara mereka mendidik anak-anak sehingga menjadi perdebatan melampau di kalangan pembaca. Ini disebabkan masing-masing secara tidak langsung mahu memberitahu bahawa cara mereka itu terpaling betul dan baik untuk diikuti. Ada satu hantaran oleh seorang ayah yang menulis cara beliau mengelakkan anaknya bermain gajet adalah dengan membawa anak itu bersukan aktiviti lasak seperti rock climbing, water rafting dan sebagainya. Salahkah perkongsian si ayah ini?